resepi ayam goreng berempah 1
source : google

Pernah terbau ayam goreng berempah dari jauh? Ini resepinya.

 

Selalu terbau ayam goreng nasi kak wok
yang orang niaga tepi jalan tu kan

dari jauh bau sikit dah terus rasa nak terkam
beratur je manusia tak kira kaum
melayu india cina kadazan bugis jawa

tambah pulak awek comel yang tolong niagakan

ni dia…

 

resepi ayam goreng berempah 2Bahan – Bahan:

1kg Ayam Segar (di potong – ikut citarasa)
halia – tumbuk lumat
lengkuas – tumbuk kasar
kunyit hidup – tumbuk lumat

2 sudu besar biji ketumbar – goreng kering & tumbuk halus
1 sudu teh jintan halus – goreng kering & tumbuk halus
1 sudu besar cili kisar (bukan cili asam atau cili boh)
4-5 ulas bawang putih
2 sudu besar gula halus – nak cover level pedas

Garam secukup rasa
Minyak masak

– 1 1/2 sudu besar serbuk kari
– 2 btg serai – kisar halus
– 5 ulas bawang merah – kisar halus
– sedikit daun kari – masukkan semasa menggoreng

Cara – Caranya:

Potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam,
gaulkan dan di tepikan. Semua bahan2 rempah biji bijian (goreng kering)
dan ditumbuk halus, bawang putih, halia,kunyit,
lengkuas tumbuk jangan terlalu halus (jangan kisar halus).

Gaulkan kepada ayam rata2 bersama gula halus,
serbuk rempah yang di tumbuk. Di peram di peti sejuk
selama sekurangnya 45 minit atau lebih.

resepi ayam goreng berempah 3

Panaskan minyak di kuali untuk menggoreng.
Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kauli.
Minyak gorengan bubuh sekadar so so aje
supaya ayam senang garing.

Nanti korang cium la bau dia naik…. padduuu.
Jangan acah-acah muka atas kuali pulak
tu cari penyakit namanye.

Jangan lupa tinggalkan koman korang dibawah.

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here