resepi ayam goreng kfc 2

Resepi Ayam Goreng Kfc (ala-ala)

Kaedah penyediaan ayam:

a) Bila dah cuci bersih,
sapu daging ayam dengan air jeruk nipis
atau lemon untuk mengurangkan bau hanyir.

b) Guna air paip biasa je.

c) Minyak jangan kedekut sebab deep fry..
rendam habes kuak lentang.

d) Goreng minyak panas api kuat ye, bukan api kecik

e) Guna periuk ye bukan kuali, nak goreng ayam
bukan masak apam balik.

 

Campuran tepung & air jangan pekat sangat

Nak buat ayam rangup bukan atas faktor ketebalan tepung
tetapi minyak yang panas dan tempoh memasak yang tepat.
Tu sebab kene pantau kerap

Cuba korang goreng ikan bilis guna api slow.
Merasa la kunyah ikan bilis tu liat nak mati.

kecian opah.. bilis goreng melekat celah gigi
cungkil-cungkil bukan ikan yang tercabut..
tapi gigi yang tercabut.

resepi ayam goreng kfc 3

Bahan-bahan untuk perap (1 jam atau lebih)

1 ekor ayam (potong 12
7 ulas bawang putih tumbuk halus
2 sudu besar cili powder
1 sudu serbuk kari ayam
secubit soda bikarbonat
garam (2 sudu teh)
sedikit air supaya rempah mudah meresap

Bahan untuk tepung salut :

2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu cili powder ( terpulang nak pedas macam mana)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara :

Step 1

Lumurkan ayam pada bahan perapan
Perap ayam selama 1 atau lebih.
Lagi lama lagi bagus

Step 2

Selepas itu pukul telur, rendam ayam tadi dalam telur,
supaya senang tepung nak lekat pada ayam.

Step 4

Selepas itu salut dengan tepung. Nak kerja mudah
tepung + ayam, tutup bekas, goncang sampai rata. Setel…

Step 5

Langkah terakhir goreng ayam menggunakan periuk
biar deep fry.. api kuat, tapi kena pantau kerap.

Dah siap ayam goreng kfc (ala-ala)

resepi ayam goreng kfc 1

 

Jangan lupa tinggalkan komen anda dibawah ye 🙂

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here