25/30 – Resepi ayam goreng kunyit 10 minit

0
332
resepi ayam goreng kunyit

25/30  – Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan bahan

4 ketul ayam potong dadu
Garam
Kunyit
1 biji Bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang holland potong gelang/besar2
6 btg Kacang buncis potong panjang2
1/2 batang Karrot potong panjang2
1 sudu besar sos tiram
6 biji cili padi
Serai diketuk
3 helai daun limau purut

Cara-cara

Ayam digaul rata dengan kunyit dan garam.. goreng sehingga garing dan ketepikan.

Tumbuk/kisar bawang merah dan bawang putih.
Gunakan minyak gorengan ayam tadi sedikit.

Tumis bahan tumbuk. Masukkan serai. Masukkan sos tiram.. kacau rata. masukkan carrot dahulu. Kacau dan masukkan kacang buncis, bawang holland, cili api, daun limau purut. Masukkan ayam dan perasakan garam. Kacau rata. Angkat dan boleh dihidangkan.

P/s : Share kat kawan-kawan kite takut terbabas pulak sahur diorang nanti. Jangan lupa komen kat bawah ye 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here