resepi ayam kunyit 1

Resepi Ayam Kunyit Express (tempoh penyediaan 15 minit)

Bagi yang bekerja, ballik rumah monyok penat
terpaksa mengadap jem kesesakan lalu lintas pastinya
membuatkan anda hilang mood untuk memasak.

Nak cari lauk main tunjuk kat kedai
memang tak laaaa
tambahan puak barang dah mahal sekarang ni

Menu kat bawah ni senang je ingat
bajet-bajet ingat barang kat dapur tu pun dah cukup

Takpayah sakit otak nak shoping barang basah

Try ler resepi ayam kunyit ini, makan dengan
sup kosong sudah cukup uat korang tersandar kekenyangan.

 

resepi ayam kunyit 3

Bahan-Bahan:

300g ayam, bahagian dada
4 batang kacang panjang, potong 2 inci
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 senduk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang merah, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis

resepi ayam kunyit 4

 

Cara Penyediaan:

Potong dada ayam kepada kiub kecil.
Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Perap selama 5 minit.

Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar.
Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus.
Masukkan bawang putih dan bawang merah.

Teruskan mengacau.
Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah,
bawang besar dan kacang panjang.

Taburkan dengan sedikit gula.
Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.

 

resepi ayam kunyit 2

Tips : Jangan goreng lama sangat nanti keras pulak ayam tu.

Jangan lupa komen kat bawah ye 🙂

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here