resepi ayam masak halia 2

Resepi ayam masak halia yang menghilangkan angin badan.

Kos sara hidup yang tinggi buat ramai orang
ambil peluang masak sendiri di rumah

Jimat belanja, menu mudah, lebih menyihatkan
kita sendiri tahu tahap kebersihan kita macam mana.

So .. kita sendiri yakin dengan makanan
yang kita sediakan untuk dijamah bersama.

Untuk warga suri yang bekerjaya
jangan risau .. korang takkan duduk lama sangat di dapur
main campak-campak je dalam kuali tu 10 minit siap.

Kali ni resepi ayam masak halia kelolaan restoran tempatan
disebabkan owner dia kedekut resepi

CC sendiri bodek resepi kat tukang masaknya
malas nak credit balik kat restoran

Kedekutla dengan aku.. kalau tak
free je aku promote nama restoran kau kat sini.

 

Resepi ayam goreng masak halia ini adalah diantara
yang sihat dan boleh menaikkan selera,

malah pasti ada yang berebut-rebut untuk memastikan
dapat merasai hidangan lazat ini.

Selepas makan bolehlah terkentut-kentut bersama

Masakan ringkas ini memang berbaloi dicuba.

resepi ayam masak halia 1

Bahan-bahan:

Sedikit minyak untuk menumis

1⁄2 ekor ayam – dipotong kecil dan digoreng separuh masak.
4 ulas bawang putih – hiris
6 biji bawang merah – hiris
1 biji bawang besar dipotong mayang
1 inci halia – hiris jejari
1 inci halia – ditumbuk
2-3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
2 biji cili merah – dibelah 2
sedikit air
2-3 biji cili padi – diketuk – (jika ingin pedas )
secubit serbuk lada hitam
garam dan sedikit gula

resepi ayam masak halia 3

Cara-caranya:

Panaskan minyak.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia (yang ditumbuk) hingga naik bau.
Masukkan ayam,kicap, sos tiram, garam, gula,dan sedikit air ( cili padi untuk yang gemarkan masakan pedas).

Tutup kuali supaya ayam masak. Sesekali balikkan hingga ayam masak dan kuah agak kering.

Kemudian masukkan hirisan halia,bawang besar, cili merah dan lada hitam.
Biarkan antara 5 ke 7 minit sebelum dihidangkan.

 

Jangan lupa tinggalkan komen ye 🙂

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here