Resepi-ayam-masak-merah 1

Resepi ayam masak merah simple.

Elehh…yang ni dah biasa makan kat majlis kenduri tak payah share pun takpe

Iyer lah sangat.. memang rasa sama je semua dah orang katering yang buat, diorang guna menu asas je lah kos murah & dapat le untung.

Khenn,

Resepi ayam masak merah agak special kali ni kena guna pressure cooker jikalau takda pressure cooker boleh guna periuk yang berpenutup & klip foldback

foldback clipper aluminium pot

 

(1 ekor ayam – potong 8 @ 12 sukahati korang)

Bahan-bahan untuk dikisar terlebih dahulu.

4 bawang besar
4 ulas bawang putih
Halia size lebih kurang bola ping-pong

6 butir cengkih
2 kuntum bunga lawang
6 biji pelaga

1 batang kayu manis
Setengah cawan tomato puri (hancur)
2 sudu besar cili hancur
2 biji tomato potong 4
1 carrot besar, medium chop chop

Secawan yogurt
Secawan air
1 setengah sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Setengah cawan kacang pis
1 sudu besar daun ketumbar, potong halus-halus
(CC suka guna daun ni..melelehh)
Bawang goreng

1. Letak semua bahan kedalam periuk & klip sekeliling bucu periuk
2. Tempoh memasak 30 minit
3. Selepas api dipadam, tuangkan yogurt
4. Tabur kacang pis & daun ketumbar sebagai hiasan sebelum di hidang.

 

 

Resepi-ayam-masak-merah 4

 

Jangan lupa tinggalkan koman korang dibawah.

Nak Like satu please =)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here