resepi ayam panggang 1

Resepi ayam panggang english (penyediaan 1 hari)

Masakan panggang, grill atau dengan
kata nama lainnya smackdown
mempunyai penggemar yang tersendiri.

Ayam..daging..ikan..malahan sayur.
pun orang panggang.. isk tak paham betul aku
..sayur?!!

Jap nak tambah lagi.. buah limau

Tak kessahh! Janji nampak menyelerakan, melelehhh
dan masakan habis di perut bukannya di tong sampah atau longkang
..apedehal.

Jangan jadi kawan syaiton okay!

Nak resepi ayam panggang english? Let’s jom!

 

resepi ayam panggang 2

Nak share sikit resepi ayam panggang english

1 ekor ayam

1. Bahan untuk blender halus

1 sudu rosemary (jika tiada rosemary,
boleh guna english herbs yang lain, mix herbs pun okey)
1 sudu lada hitam
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis

2. Bahan untuk kisar hancur

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu gula
4 sudu madu
4 sudu olive oil
4 sudu perasa pati ayam
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit untuk memberi warna
Sedikit air sekadar memudahkan proses blend

Aluminium foil

Cara-cara:

Bahan 1 dan 2
Campurkan keduanya dan lumurkan pada ayam
Perap lebih kurang 4 jam atau lagi best kalau semalaman

Tak perlu bakar dalam oven, panggang atas bara camtu je boleh.
Lagipun resepi ni sesuai untuk majlis bbq keluarga.

Guna aluminium foil sebab untuk elak
daging melekat pada jaring pemanggang
dan supaya ayam sentiasa lembab kerana
jus ayam tak mengewap & kering

Bungkus dan penyekkan ayam tu
supaya haba kena rata.

Anggaran 45 minit tempoh memanggang
Bakar dan alihkan setiap 10-15 minit

resepi ayam panggang 3

 

Marvelllous !

Jangan lupa untuk tinggalkan komen dibawah ye 🙂

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here