Resepi Ayam Paprik Elak Gout

0
614
resepi ayam paprik 3

Dah nama ayam paprik mesti la teringat flavor siam yang ramai orang suka.

Beberapa adjustment yang telah dibuat  terhadap resepi resepi ayam paprik ni
kalau boleh elakkan bercampur dengan sumber-sumber makanan laut

Boleh saja ditukar dengan kiub-kiub dadu daging
lembu kerbau kambing arnab ke

jangan la buh sotong ..udang..ikan kerang

tak elok untuk kesihatan badan dalam
jangka masa panjang

sekarang ni sedap la mencekik
dah tua-tua nanti
memacam penyakit yang timbul

kesian sikit pada ahli keluarga yang ada gout tu
baru hirup kuah je maam karang tunggu la dia meraung

resepi ayam paprik paling mudah cepat
dan sesuai untuk kesihatan

cuma part sayur tu
jangan reneh lama sangat
kang habis nutrition
agak-agak lagi 5 minit nak tutup api
baru campak semua sayur dalam periuk tu
makan bukan tujuan asal untuk kenyang semata-mata
kita makan untuk mendapatkan kesihatan sekali

Korang pasti nak test cecepat dirumah kan?
jom kita layan resepi dibawah:

resepi ayam paprik

Bahan-bahan resepi ayam paprik:

4 ketul ayam – potong kecik kecik
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah – dihiris serong
11 biji cili api – dipecah-pecahkan aje (jangan sampai tercirit sudah)
2 helai daun limau purut – disiat-siat
sayur sawi @ pak choy – dihiris kecil

2 biji putik jagung – dihiris serong
1/2 biji karot – dihiris serong
2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos

garam
1 cawan air

Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
Masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur halfcook.
(Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
Tutup api dan hidangkan.

 

resepi ayam paprik

 

Jangan lupa tinggalkan komen dibawah ye 🙂

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here