Cara buat tempoyak power, tiada pengawet bahaya.

0
327
cara buat tempoyak

Cara buat tempoyak kualiti tinggi, rasa power & tiada pengawet.

Nak buat tempoyak kena guna durian tak boleh guna buah manggis atau cempedak. Durian pula ada bermacam jenis durian.

Tambahan pula nak buat tempoyak yang high class, mesti ada jenisnya juga bukan main buat saja.

Orang-orang lama cakap paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang.

Sudah dah nak dapat durian jenis macam tu.

[sociallocker id=”1047″]

Tapi boleh saja guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan.

Cuma rasanya taklah sesedap durian dari kumpulan pertama tadi.

Nak guna durian D24 ,musang king, ioi dsb pun boleh juga. Mungkin ada segelintir saja yang guna durian mahal tu buat makan sendiri.

Terpulanglah samada kau nak jual dengan harga yahudi atau pergi hai balik hari, bersedialah dengan kecaman netizen.

cara buat tempoyak 1

Cara buat tempoyak.

1.Paling penting durian yang digunakan biarlah yang fresh dan bukannya durian busuk atau masam atau saki baki ditebuk tupai.

2. Sila hygienic, kita dah tau ada sebahagian dari kita tak suka tempoyak sebab bau busuk kononnya alasan cliché.

Padahal kita tak mahu umum menganggap proses membuat tempoyak ni adalah sesuatu yang menjijikkan.

Komfem ada yang dah trauma tengok opah-opah di kampung tu buat tempoyak macam mana dia punya ramas. Korang jangan nak tipu aku la 😉

3. Bersihkan dahulu keseluruhan kulit luar dari sebarang daun, pasir atau tanah lumpur.

4. Guna sudu atau food glove. Keluarkan isi menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam bekas kering.

cara buat tempoyak 5

5. Asingkan biji dan isi, guna food glove lagi mudah kopek-kopek saja, pakai sudu garfu agak renyah dan lambat.

Jari manusia ada enzim ye, so elakkanlah buat durian tu jadi cepat masam. Opah-opah kite dulu kurang info jangan salahkan diorang, internet pun takde zaman tu.

6. Pindahkan isi durian dalam plastic bag lutsniar, gaul bersama sedikit garam hingga rata.

7. Tebuk lubang kecil di bahagian bawah plastic untuk mengeluarkan air masam dari durian tersebut semasa proses perap 1 hari.

8. Selesai diperap, pindahkan isi durian kedalam botol atau balang. Selang selikan dengan sedikit cubitan garam kasar di setiap ketinggian 3inci.

cara buat tempoyak 2

9. Jangan penuhkan bekas dengan isi durian, wajib ada ruang kosong yang banyak, taburkan sedikit garam lagi pada sesi akhir.

Isi durian akan mengembang dan meleleh sekiranya diisi penuh akibat tekanan gas.

10. Biarkan penutup bekas dalam keadaan longgar selama 24jam untuk membuang gas lebihan dari isi durian.

 

Sesudah siap sedia untuk menggulai tempoyakkan segala ayam, ikan, daging & sayur yang ada. Cili kunyit secukupnya.

cara buat tempoyak 4

[/sociallocker]

Tak susah pun cara buat tempoyak ni sebenarnya. Asalkan pilih buah yang elok dan kerja bersih.

cara buat tempoyak 3

Sekiranya ada pertanyaan Q & A boleh tanya saja di ruang komen dibawah 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here