petua lembutkan daging

Ada 20 cara lembutkan daging (pilih saja mana yang berkenan)

Masak daging merupakan cabaran harian sesetengah daripada kita di dapur, untuk premis kedai makan, mereka tak kesah.

Selalunya sudah siap direbus berjam-jam, cuma slice saja kecil-kecil dan preheat semula dengan pelbagai rempah resepi dan cepat je dihidangkan.

1. Asas potongan daging

Potong melawan urat daging, maksudnya disini sekiranya urat daging melintang kita potong je menegak dan nipis-nipis.

Macam mana kita tebas semak rumput di rumah tu, haa potong macam tu la.

cara lembutkan daging 1

2. Asas kawalan api

Setelah selesai kerja utama diatas, gunakan rebusan air yang sedikit dan api memasak yang kecil.

cara lembutkan daging 2

3. Jangan gatal letak garam awal-awal.

Keras cokeng daging tu nanti. Selalu orang letak time nak setel masak je.

cara lembutkan daging 3

4. Buah nenas yang telah di blender (kisar) halus,

Perap je daing dengan isi nenas tu dalam 30 minit.

Kalau daging ada perasa nenas pun apa salahnya kan 🙂

cara lembutkan daging 4

5. Betik muda yang dah nampak kuning-kuning tu.

Potong macam biasa dan masukkan sekali dalam masakan daging.

cara lembutkan daging 5

 

6. 2 Biji kurma untuk daing 1 kg

Macam betik juga, campurkan dalam masakan, jangan taruk lebih nanti daging tu hancur.

cara lembutkan daging 6

 

7. Gula batu

Masak je bersama-sama, beberapa ketul sudah memadai.

cara lembutkan daging 7

 

8. Cuka jeruk (bukan cuka getah tau)

Cuka + air = rendam daging 10~15 minit. Kalau daging kambing tu, boleh hilang bau kambing dia tau.

cara lembutkan daging 8

 

9. Lumur daging dengan madu dan biarkan seketika 30 minit.

cara lembutkan daging 9

 

10. Biji selasih didalam masakan daging.

Tabur terus je dalam periuk tu 2-3 sudu besar.

cara lembutkan daging 10

 

11. Campur air kelapa dalam masakan.

Boleh bubuh isi kelapa sekali. Tiada masalah.

cara lembutkan daging 11

 

12. Potongan halia

Dapat besar 2 ibu jari pun sudah ok sangat untuk seperiuk daging.

cara lembutkan daging 12

 

13. Ramas dengan daun betik.

Ramai tahu daun betik pahit yakmat, bukan sekadar ubat denggi tapi ia mampu melembutkan daging. Biarkan 30 minit lebih kurang.

cara lembutkan daging 13

 

14. Daun nangka

Gunting-gunting je daun buh sekali dalam masakan.

cara lembutkan daging 14

 

15. Akar pandan

Gunakan untuk merebus sahaja.

cara lembutkan daging 15

 

16. Sudu garfu besi

Petua ni ramai yang dah tau kan. Berfungsi untuk menaikkan haba dalam periuk sekaligus membantu daging menjadi lembut.

cara lembutkan daging 16

 

17. Periuk tekanan tinggi

Tak perlu campur apa-apa bahan. Rebus guna air macam biasa sahaja.

Memang periuk direka untuk beri tekanan tinggi pada bahagian dalam periuk.

cara lembutkan daging 17

 

18. Tenderizer (boleh didapati di kedai masakan)

Penggunaannya tidak digalakkan kerana melibatkan faktor kesihatan untuk jangka panjang.

Ya benar kebanyakan hotel menggunakan powder ini untuk melembutkan daging dengan cepat.

Admin tak akan mengajar anda cara penggunaannya.

cara lembutkan daging 18

 

19. Soda bikarbonat (serbuk penaik)

Gunakan untuk merebus daging sahaja. Selepas itu buang airnya dan boleh guna daging tersebut untuk memasak resepi kesukaan anda.

cara lembutkan daging 19

 

20. Rendam daging dalam coca-cola.

Biarkn sejam sehingga berbuih. Kemudian bilas air.

Jika tak betul cuci bole je bau sup daging coca-cola nanti.

cara lembutkan daging 20

 

Sekian, anda boleh pillih mana satu cara lembutkan daging yang anda suka.

Jangan lupa tinggalkan komen / feedback anda dibawah 🙂

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here