cara masak kari ayam

Resepi kari ayam paling simple, rasa masam manis pulak tu.

Ramai kot yang tak tahu cara masak kari ayam ni.
Dibawah min share sikit jurus-jurus dia

resepi kari ayam agak simple
tap mungkin ada kelainan pada rasa
sebab jarang orang guna
asam keping & asam jawa dalam masakan kari

Cara masak kari ayam yang
lain daripada yang lain

[sociallocker id=”1053″]

cara masak kari ayam

Bahan bahan:

12-14 ketul ayam
2 biji kentang – potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar hiris nipis
6 ulas bawang putih hiris nipis
3 inci halia hiris halus
2 asam keping
3-4 sudu air perahan asam jawa
1 cawan santan kelapa
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas – extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara masak kari ayam ni:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai nampak garing kekuningan

Kemudian masukkan segala rempah kari, kulit kayu manis, biji pelaha, bunga lawang dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.

Masukkan pula ayam dan biarkan sampai ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

Masukkan pula santan. Terus perlahankan api dapur tu. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

Kuah kari ayam pekat seperti ini pasti sedap dimakan dengan roti jala. huhuhu…

[/sociallocker]

Jangan lupa share & tinggalkan komen anda dibawah =)

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here