Resepi daging masak hitam express

0
364
resepi daging masak hitam 2

Penyediaan resepi daging masak hitam secara express.

Resepi daging masak hitam hanya perlu perap sebentar sahaja. Jikalau nak lama lagi bagus.

Bahan-bahan:

1kg daging dihiris kecil
100gm gula merah
150gm kismis hitam
30gm kerisik
Kicap pekat secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

 

Bahan kisar / hiris :

15 tangkai cili kering
3 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm lengkuas
Daun limau purut 3-4 helai

 

Bahan menumis :

100gm rempah kurma
3 biji bawang merah di potong
2 biji buah keras
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

 

Step memasak :

Perap daging bersama kicap pekat dan gula merah selama 30 minit.
Kemudian panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan pula bahan kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
Seterusnya masak sehingga daging empuk.
Akhir sekali, masukkan kismis dan kerisik. Gaul rata dan perasakan secukupnya.
Masak sampai kuah pekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here