Cara Membuat Kek Batik Morris Yang Mewah

0
625
resepi kek batik 1

Cara membuat kek batik morris premium.

Keenakan rasa premium resepi kek batik morris avalanche ramai diantara kita dah pernah buat kek batik sendiri di rumah.

Cuma rasa sahaja yang membezakan ianya kek jenis biasa-biasa atau dari jenis yang high-class dengan rasa yang padu.

Cuma resepi kek batik kali ni saya taktau la korang pernah rasa ke tak?

Malas nak mengomel panjang-panjang.

Jom tengok cara membuat kek batik ni.

resepi kek batik 4

Resepi gred biasa-biasa boleh rujuk ms.wikibooks.org.

Boleh teruskan bacaan dibawah untuk menjamah resepi yang epic ni.

[sociallocker id=”158″]

Bahan asas:

2 bungkus biskut merry jenama morris (300g)
250gm buttercup
1 tin susu pekat manis
1 cawan air masak
6 sudu makan serbuk koko
14 sudu makan milo
2 biji telur

Korang guna je biskut jenama ni, dijamin tidak kecewa.

resepi kek batik 3

Bahan topping:

1 cawan whipping cream anchor uht
100gm coklat kompaun
100gm dark chocolate
1 sudu makan mentega

Kaedah memasak :

Jangan masak buttercup hingga cair sangat, separuh cair cukup.
Masukkan milo, serbuk koko dan telur & kacau hingga sebati.
Kuatkan api kembali dan masukkan susu pekat & air berselang seli.
Masak hingga adunan nampak likat. Padamkan api.

Masukkan biskut marry dan bali hingga rata.
Tuang biskut marie dalam loyang segiempat lebi kurang 10×10 inci
Pastikan loyang dilapik dengan plastik dan
lebihkan kiri dan kanan supaya senang ditarik keluar.

Tekan adunan biskut marie hingga rata.

Sejukkan,
Untuk membuat topping, panaskan whipping cream
menggunakan kaedah double-boiler.

Faham ke double boiler tu ape?
Dia macam double barrel jugak

Alahh.. konsep macam kukus je
masak periuk dalam periuk

Kacau hingga suam.

Masukkan coklat. Kacau hingga sekata hingga coklat cair.

Seterusnya masukkan mentega dan kacau sebati.
Padam api dan angkat dan sejukkan.

resepi kek batik 2

[/sociallocker]

Tuang adunan coklat ke atas kek batik tadi.
Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya
separuh hari sebelum dipotong.

Jangan lupa tinggalkan komen anda dibawah ye 🙂

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here