Cara Buat Kek Coklat Moist Yang Sebenar

0
755
resepi kek coklat moist 1

Sila baca resepi kek coklat moist ini dengan nada iklan…yusuff taiyub

 

Ok 3..2..1 go!..

resepi kek coklat moist 5Bayangkanlah sebiji kek coklat di meja makan dan anda dipelawa untuk mencubanya.

Ianya kelihatan begitu moist dan kaya rasanya, anda dah tahu ia sememangnya akan rasa enak sekali.

Jangan segan, jangan malu, jangan siksa sendiri. Diet boleh postpone esok.

Yang penting potongan kek jangan kecik sangat.

Ya…kek coklat yang kaya dan padat
tapi masih moist dan lembut
lelehan coklat pekat sentiasa
meniti di bibir kek

Eh..tak suruh korang stop lagi,
sambung balik tone iklan tu..

Ya..anda berada di tempat yang yang betul.

Resepi kek coklat moist ni memang kegilaan ramai.
Tambahan pula, diselaputi di atasnya dengan ganache dark choco yang emphhh.

Ya betul, ini sememangnya resepi kek coklat terus dari butik kek yang mewah.

Jangan bimbang, bertenang..tenang is good

senang je menyediakannya.
Anda boleh hasilkan kek ini dengan
beberapa bahan ramuan saja yang senang
didapati dari pasaraya.

[sociallocker id=”189″]

resepi kek coklat moist 3

 

Bahan-bahannya resepi kek coklat moist :

Bahan A

1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B

11/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

 

Cara mengadunnya:

1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat … tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..

resepi kek coklat moist 2

Bahagian topping (ganache)

Bahan:

300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

 

Cara menyediakan topping:

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
4. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
5. Biarkan lebih kurang 15 – 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
6. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
8. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.

resepi kek coklat moist 4

[/sociallocker]

Bla dah tahu cara buat kek coklat ni, senanglah nanti nak mengadunya.

Nota coklat moist : Sharekan resepi ini bersama rakan-rakan. Jangan lupa tinggalkan komen anda dibawah ye 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here