Resepi Kek Marble Yang Menghayalkan

0
622
resepi kek marble 1

Hanya 8 Bahan Resipi Kek Marble
yang buat anda terbang khayal ke ruang dapur.

 

Ini ialah salah satu resepi kek
yang paling lama bertahan
dari zaman korang lahir 80an
sampai la ke zaman anak-anak kite lahir (bebudak wicet)

cuma ianya di variasikan kedalam
berbagai bentuk dan rasa

zaman kita beraya ziarah jiran tetangga pun
inilah kek yang wajib ada di setiap rumah

dah dari zaman kekanak kita terdidik terus
disajikan oleh mak-mak kita, sepotong memang tak cukup
sampai tangan kiri kanan cekau kek tu.

cuma mungkin disebabkan atas kebiasaan dari kecik
kekadang tu time kenduri arwah pun ada kek ni…
aku pun tak paham..diorang ni merayakan kematian arwah ke?

Resipinya kali ni..bajet-bajet main sukat cawan jer
tak payah beria timbang kati bagai

Tapi time dah masuk oven tu kompem manusia yang reramai
kat ruang tamu tu tetiba je sampai dapur dah

[sociallocker id=”183″]

resepi kek marble 3

Bahan-bahannya ialah :

1 cawan butter (kalau nak pawerlah)
3/4 cawan gula kastad
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sudu baking powder
1 sudu esen vanilla
3 sudu susu pekat manis
2 sudu serbuk koko..

guna loyang saiz 6″ atau 7″

Sukatan bajet-bajet ikut gram

250g +/- butter
200g +/- gula kastad
5 biji telur gred B
220gram tepung gandum biasa pun boleh(ayak)
3 sudu susu segar / cair
1 sudu baking powder
1 sudu kecil perisa vanilla
2 sudu besar serbuk koko

resepi kek marble 2Care-carenye:

  1. Pukul butter dan gula halus tu 5-10minit sampai sebati
    masukkan telur satu persatu sambil pukul
    kalau malas pakai mixer je
    esen vanilla..tepung gandum..baking powder
    susu pekat manis, gaul sebati

2. Bahagi adunan kpd 2 bahagian
adunan pertama warna asal/plain
kedua letak serbuk koko.

3. Sapu marjerin pada loyang, lapik kertas minyak,
mudah keje nak angkat kek nanti.

4. Jika tiada kertas minyak, kertas A4 tu pun boleh
pastikan bersih tiada habuk,
lepas tu sapu je majerin rata-rata
tadaa … dah jadi kertas minyak

resepi kek marble 35. Tuang adunan yang berbeza warna
secara berselang seli hingga habis
jangan la korang kacau pulak.

 

nanti tak jadi lah bunga-bungga chinta ittew
gunakan imaginasi memasing nak jadi bunga patern apa

Panaskan oven suhu 170′
bakar lebih kurang 45 minit atau hingga masak

Kalau pakai oven cap butterfly, letak je adunan kat ruang tengah
yang penting korang tak guna mop jamban buat sumbu dapur.

oven butterfly

[/sociallocker]

jangan lupa komen kat bawah ye 🙂

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here