Resepi Mee Bandung (2pax)

0
501
resepi mee bandung 2
source : khairilmk.wordpress.com

Cubalah resepi mee bandung ni. Jangan tanya kenapa aku hurip kuah dia sampai licin.

Aku dah biasa masak pakai mee kering @ mee claypot tu
memang tak pandang dah mee kuning basah tu.

Sebab rasa macam barai sikit mee kuning basah tu
tapi bergantung pada pengilang juga
itu ikut tekak aku le,
tekak korang aku taktau
terpulang pada tekak memasing.

Ahli-ahli persatuan tekak sedap
tidak akan membantah keputusan tuan pengerusi.

[sociallocker id=”297″]

resepi mee bandung 3Kuah boleh dibuat dua versi
samada nak guna sedikit tepung jagung
(sebab nak bagi nampak pekat)

Atau biarkan cair gitu aje
kalau kuah dia nampak kering
topup kan aje dengan air kosong

Ikut standed aku lah
memana kuah mee bandung ni selalunya
memang aku hirup sampai licin mangkuk
lepas tu aku repeat kali kedua.

pegi la open house mamana pun
asalkan ada mee bandung memang selamba aku
tibai second round

kekadang tu aku tak ambil mee
aku ganti dengan roti jala

yerr..
kuah mee bandung
makan dengan roti jala

Kau dah raseee?

resepi mee bandung 2Ini barang-barangnya :

 

Sekampit mee kuning (dicelur dan tuskan)
100 gm udang (rebus hingga udang masak + asingkan kulit)
100 gm sotong (dihiris)
1 paket bebola ikan (takpayah potong)
2 keping fish cake (potong nipis)

2 mangkuk air rebusan udang
kisar halus kulit udang dan tapis sisa kulit
gunakan air tersebut untuk buat stok

atau boleh gunakan kiub ikan bilis
air 2 mangkuk untuk dijadikan stok kuah

5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/limau nipis (belah 2)

Sebiji telur

resepi mee bandung 1Untuk garnishing :

Sayur cincang (sawin, carrot, daun sup,
daun bawang, taugeh, pudina)

Boleh letakkan sebarang sayur yang bersesuaian

1 biji tomato (dibelah)
bawang goreng

Ok get ready nak buat kuah dia dulu
keje menumis ni tau.

2 sudu besar cili hancur/kisar halus
3 ulas bawang putih kisar hancur
5 ulas bawang merah kisar hancur

 

Step-step penyediaan :

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan stok udang/ikan bilis dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili,
sos tiram & garam.

4. Rendahkan api. Biar reneh suam-suam gitu je
5. Masukkan udang, sotong, bebola ikan juga fish cake.
6. Masukkan sawi, hirisan tomato,k emudian
pecahkan telor, seakan telor mata kerbau dan
masak selama 2 minit.
7. Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk,

 

Setel. camtu je

resepi mee bandung 5

[/sociallocker]

Tuangkan je kuah pepanas tu dalam mee, hias dengan bawang goreng,
hirisan cili dan perahan air buah limau juga daun sup/bawang.

Cengginii perggi diaa (aduh takde emoji dalam ni)
Tersandar beb… tersandar!!

Jangan lupa tinggalkan komen anda dibawah ye 🙂

Nak Like satu please =)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here