resepi nasi ayam hainan 3

Resepi nasi ayam hainan kali ni nampak susah, tapi kompen sekali bedal 2-3 pinggan.

 

CC pendekkan explanation sebab entry resepi nasi ayam hainan ni paling panjang.
Nama pun resepi premium untuk orang asia.

 

Cara-Cara :

Bersih kan ayam dengan melumur garam ke
bahagian luar dan dalam ayam. Gosok jangan tak gosok

Bilas guna air & Lumurkan garam luar dan dalam sekali lagi
Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam.

Guna periuk besar dan isi air setinggi 1 inci
letak ayam dalam periuk tu.

Didihkan periuk dalam 1/2 jam, api jangan kuat.

Bila dah setel, keluar kan ayam dari periuk,
asingkan dan simpan dalam freezer sementara waktu.

Cara ni akan jadikan isi dan kuli tayam jadi rangup.

Buang halia dan daun bawang.

Air rebusan ayam ni akan digunakan pada banyak tempat.

Untuk buat sup.
Untuk masak nasi (air rebusan buh lebih sikit)
Untuk buat sos cili
Untuk buat sos ayam

Korang jangan buat minum pulak.
Pandai-pandai le bajet

 

resepi nasi ayam hainan 1

Untuk memasak nasi:

Tos beras yang direndam.

Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam,

(part ni korang kene prepare sesiap
asingkan lemak ayam sesiap masa proses pembersihan awal-awal tadi.)

Masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi.

Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit.

Masukkan minyak bijan dan garam.
Masukkan air rebusan ayam dan masak dalam periuk elektrik.

Sementara tunggu nasi masak, keluarkan ayam dari
freezer, lumurkan luar dalam dengan minyak bijan.

Potong ayam untuk dihidangkan.
Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur.

Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong

 

Untuk membuat cili sos:

Blender semua bahan-bahan dibawah sampai hancur.

 

Untuk membuat sup:

bahan-bahan kat bawah tu
Korang masukan kedalam 1 periuk
kalau kuah sikit sangat tambah je air.

Well.. nak makan sedap
kene lah bersusah sedikit

Paling nikmat.. boleh bedal 2-3 round
tanpa perlu keluar duit extra.

resepi nasi ayam hainan 2

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam
kosher salt
4inci halia muda saiz potong 4 bahagian sesiap
2 batang daun bawang saiz 1 inci setiap satu
1 sudu kecil minyak bijan

Bahan untuk nasi :

2 sudu besar minyak sayuran
3 ulas bawang putih – cincang
1 inci halia muda – cincang
2 cawan beras – basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil kosher salt

Bahan untuk sos cili :

1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam

Bahan untuk sos ayam :

1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil minyak bijan
5 sudu besar sos soya
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam

Bahan untuk sup

3-4 Sudu besar air rebusan ayam
Daun sup atau daun celery
Daun bawang
1 inci halia diketuk
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis bersaiz sederhana
1 Sudu besar air perahan limau

Tuan-tuan & puan-puan
resepi nasi ayam hainan ini memang boleh buat anda ketagih.

Jangan lupa tinggalkan komen dibawah ye 🙂

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here