resepi nasi ayam penyet padang_1

Resepi Nasi Ayam Penyet Kelapa (4pax)

Rugi pulak rasanya Cik CC tak ketengahkan resepi Nasi Ayam Penyet ni
Sebab saya tengok ayam dia walaupun dah masak tapi
masih nampak merah-merah pink dia tu

dah komfem rempah dia rasa super kaw dan nampak terliur

Ramai muskil dari mana datangnya nama penyet tu
bukanlah bermaksud ayam tu korang penyek-penyekkan
nanti nak makan pun terputus selera.

penyet itu dari ngomong jowo nyo hancur lumat
bumbunya lumat
rempah ratusnya lumat
sambalnya lumat
kok tempe nya jangan dilumat juga yaa

gitu ya buuu

Ini pun boleh dikatakan resepi kategori premium juga

Sebabnya ayam perlu direbus dengan air kelapa tua bersama
rempah-rempah yang tersedia seperti dibawah ini.

resepi nasi ayam padang 2
(Sumber : salamisimon1.blogspot.com, myresepi.com)

Bahan untuk penyediaan ayam.

Kok ayamnya seekor
8 cawan air kelapa tu diperlukan

jika 4 ketul ayam potongan size biasa
4 cawan sudah memadai

(bahan asas dibawah diperuntukkan untuk 4 ketul ayam sahaja
jika size hidangan yang agak besar hanya peru double up kan sahaja)

Bahan untuk dipenyet/kisar :

3-4 ulas bawang putih
5-6 biji bawang merah (kecil)
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu makan biji ketumbar

Lengkuas sebsar ibu jari
Halia sebesar ibu jari
Kunyit hidup sebesar ibu jari

(bajet-bajet je 2-3cm jangan la pakai pembaris pula)

Cara-caranya :
1. Kisar halus kesemuanya
2. Didihkan dengan api sederhana hingga ayam separuh masak
3. Angkat & toskan ayam.
4. Panggang daging ayam tersebut

Selesai satu bahagian.

Bahan-bahan untuk sambal ulek.

1 kepal cili padi (kalau takmau pedas pakai aje cili biasa)
Belacan sebesar ibu jari
6-7 Biji bawang merah – hiris kasar je
2-3 Biji tomato belah 8
Minyak / garam / gula nak potong rasa pedas tu / kiub ikan bilis (optional)

Cara-caranya :

1. Gilis semua, jikalau tiada batu giling, blenderkan saja.
2. Jangan dinafikan penggunaan batu giling, jikalau ada batu lesung
silakan. Barulah terasa hidup dizaman batu.

3. Tumiskan semua sehingga cukup masak, jika tak cukup masak, takut sakit perut pula.

Bahagian Yang Melibatkan Air Kelapa

Tauhu & tempe

1. Potong tauhu & tempe mengikut kesesuaian hidangan berapa orang
2. Air kelapa separas tauhu

Bahan kisar :

1. Goreng kering tanpa minyak 1 sudu ketumbar.
2. Gua merah / gula batu sebesar 2 ibu jari
3. 3 ulas bawang putih
4. 5 biji bawang merah garam / gula / kiub ikan billis (optional)

Rebus berasingan:

1. Bahagi 2 bahagian bahan kisar tadi kedalam 2 periuk.
2. Tambah air kelapa secukupnya untuk dua-dua periuk
3. Masukkan tempe & tauhu kedalam periuk yang berasingan.
4. Masak sehingga kuah mengering.
5. Panaskan minyak dan goreng keduanya hingga masak.

Barulah keluar skill taichi anda, kiri kanan periuk sekali masak.

Sekian.

 

resepi nasi ayam padang 3
(Sumber : salamisimon1.blogspot.com, myresepi.com)

Jangan lupa tinggalkan koman korang dibawah.

Nak Like satu please =)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here