resepi nasi ayam_3

Resepi Nasi Ayam Epic (6-7 pax)

Nasi ayam dan masyarakat majmuk Malaysia berpisah tiada.

Sepertinya ayat itu memang sinonim.

Sebabnya nasi ayam memang dah jadi makanan kegemaran masyarakat kita sejak dahulu.

 

Nasi dimasak dengan beraneka jenis rempah dan kemudian dihidang dengan ayam yang di bakar.

Mahupun goreng serta complete dengan beraneka jenis sos cili dan kicap.

Kian hari makin banyak jenis nasi ayam.

Ada yang mengupgrade resepi ayam mahupun resepi sos nya.

Seperti 4 resepi nasi ayam yang kami kongsikan di bawah ini.

 

Resepi-resepi ini mendapat perhatian dan perkongsian ramai di Facebook.

Kerana mereka berkongsi resepi nasi ayam yang memang menjadi kegilaan.

 

Seandainya anda mencari resepi yang enak menjejes, confirm menjadi, disukai ramai dan berpotensi viral, anda wajib cuba resepi di bawah ini.

Mungkin resepi dibawah ini adalah sesuatu yang dinantikan buat menambat hati rakan-rakan atau keluarga bakal mertua.

 

Jom tengok kat bawah ini. Tapi yang paling penting, memasak ini ada satu bahan paling mahal iaitu kasih sayang.

Masukkan bahan itu, itulah resipi sebenar yang membuat ianya bertambah enak.

 

Resepi gred biasa-biasa boleh rujuk ms.wikibooks.org.

Boleh teruskan bacaan dibawah untuk menjamah resepi yang epic ni.

resepi nasi ayam 4
(Penafian : gambar hanyalah sekadar hiasan dan pembangkit selera dan tiada kena mengena dengan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

Beras 3 pot (untuk 6-7 orang)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam (optional)
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit

 

Cara masak nasi ayam :

Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi diatas dapur dan tutup.
Yezza, lemak ayam yang ada baki sikit-sikit tu.

Sesudah lemak tadi bertukar menjadi minyak, buang baki lemak yang masih pejal
dan masukkan bawang putih dan halia yang sudah dikisar halus.

Kemudian masukkan bay leaf (daun salam) dan kiub pati ayam.

Masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras tadi banyak mana kerana nanti air rebusan ayam tadi akan dimasukkan sama banyak dengan sukatan beras

Pindahkan ke periuk nasi. Biar sehingga masak.

Cara buat nasi ayam ni, ayam wajib jadi juicy. Masak air sehingga mendidih dan guna api besar.

Pastikan didihan air cukup untuk menenggelamkan keseluruhan isi ayam.

Sekiranya tak dapat mengagak, selepas menggelegak baru dimasukkan ayam. Pilih ayam 2 kg ke atas.

Terpulang mahu potong 12 ke, potong 4 atau ayam seekor direbus.
Tutup periuk serapat mungkin dan biarkan 5 hingga 6 minit mendidih
Jika seekor ayam (tak potong) mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).

resepi nasi ayam 1

Nota :

Tujuan utamanya untuk membuat daging ayam tersebut menyerap semaksimum mungkin jus yang terhasil dari air didihan.
Asingkan air rebusan ini untuk recycle balik buat sup, nasi dan sambal power.

Nak Buat Perapan Ayam

Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (option)
Sedikit lada sulah

 

Cara-caranya ialah:

Campurkan semua dan gaulkan bahan diatas
Tambah garam secukup rasa
Hati-hati jangan jadi Arwah Ajis eksiden garam dalam periuk.
Nanti berdesing telinga dimaki berjemaah.

Perap ayam yang selesai direbus tadi dalam 15 minit.
Guna api kecik je, sebabnya suam-suam tu la daging ayam senang meresap rempah perap tadi.

Kalau nak goreng pun, goreng sekejap je
4-6 minit dah cukup, atau tu dah half cook
buat apa masak terlebih sangat

Kalau nak panggang pun boleh, tiada masalah
yang penting jangan over cooked.

resepi nasi ayam 2

Penyediaan Sos Sambal

Bahan-Bahan:

6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Kaedahnya :

Blender hancur segala bahan. Masukkan air rebusan tadi.
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecik je.
Bila dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.
Siap.

Penyediaan Sup

Baki air rebusan
Rempah sup biasa-biasa
Daun ketumbar (bukan daun ketum tau, sila baca elok-elok)
Garam buh sikit je (isk isk Ajiss Ajiss)
Masak sampai mendidih

Nota ayam : kompem anda akan hirup sup ni sehingga titisan terakhir)

 

Jangan lupa tinggalkan koman korang dibawah.

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here