Cara masak nasi lemak sambal 3 rasa

0
642
resepi nasi lemak 5
source : asianffoodchannel..com

Cara masak nasi lemak yang sambalnya cukup rasa spicy masam & manis.

Menu yang tak lapuk di telan zaman mat-mat saleh yang berulang kali melancong ke sini pun akan repeat menu ini.

Sebabnya, diorang tak reti nak tumis sambal kaw-kaw (eh eh..selamber badak je aku tuduh
depa tak reti masak ..kahh! )

Sebab 2nd, santan kotak tak kick kena pakai santan ori.

Kengkawan yang duk UK sana pun susah nak cari santan ori kata diorang (itu cerita tahun 2014)

Part special kali ni ialah sambal dia dan sedikit tips untuk elak nasi mentah, tak cukup air, tak cukup flavour etc.

Geng-geng bujang nak tunjuk terer kat bakal mertua kat sini lah.

Resepi gred biasa-biasa boleh rujuk ms.wikibooks.org.

Boleh teruskan bacaan dibawah untuk menjamah resepi yang epic ni.

Let’s go =)

[sociallocker id=”357″]

resepi nasi lemak 1

Bahan bahan:

1 mangkuk ikan bilis – basuh dan tos
3-4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 mangkuk cili kisar
Air asam jawa – 1 sudu kecil pes asam jawa
Garam

Sedikit gula – untuk kawal kepedasan,
Bergantung kepada tukang masak.

Guna 2-3 sudu atau lebih.

Sedikit gula melaka – nak bagi sambal lagi terangkat.

resepi nasi lemak 3Cara nak buat nasi lemak jadi sedap.

Bawang besar potong halus sahaja, bawang putih kisar hancur.

Tumis segala bahan macam biasa, bila dah naik bau barulah campur segala bahan dalam periuk.

Tumis kesemua bahan sehingga nampak garing dengan guna api perlahan (slow cook)

Part sambal ni korang jangan ambil mudah, silap gaya boleh sakit perut bila tak betul-betul masak.

Tambahan bila dah bebetul masak, otomatik sambal akan jadi tahan lama boleh sampai 4-5 hari youu..memain tu.

Bila dah nampak garing, masukkan sedikit gula untuk control pedas tu (test rasa sikit)
takut mertua kau cerry berry pulak.

Bukan semua orang tahan pedas.

Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.

Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa.

Jika suka, boleh juga diletakkan bawang besar hiris. Bolehlah angkat dan dihidangkan.

resepi nasi lemak 4Penyediaan beras

Bahan bahan:

Beras – basuh dan tos (3pot)

1 helai daun pandan – carik dan simpul
Garam
1 – 2 inci halia – hiris
3-4 biji hirisan bawang merah
1 cawan santan pekat

Cara masak nasi lemak :

Haaa!!

Part ni memang ramai yang kantoi.

Nasi lembik..tak cukup masak..tak cukup air. Just name it segala masalah yang buat
nasi jadi tak sedap.

Nak mudah ingat ..senang je
sukatan air = 2x ketinggian beras dalam periuk, dah selesai masalah nasi mentah.

Santan secawan je dah cukup berfungsi nak bagi rasa lemak-lemak geram mengunyah tu

Tambah pulak bila kena dengan sambal ikan bilis dia

resepi nasi lemak 2Fuhhhh..cenggini AAA, barulah mertua sayang dan tak takut nak hadiahkan kau dusun durian kat belakang rumah tu.

Masuk garam, daun pandan lipat simpul gaul terus bersama beras dalam periuk tu.

Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan bawang halia dan santan pekat tadi.

[/sociallocker]

Kacau rata. Tanak sampai masak (api slow)

Ape tunggu lagi… makan lerr

jangan lupa tinggalkan komen anda dibawah =)

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here