Resepi Nasi Tomato Premium

0
361
resepi nasi tomato 1
source : resepimalaya.com

Resepi nasi tomato premium (4-5pax)

Sory guys dah lama tak update cerita
ada kekangan kerja melayan client

macamni lah kerja orang “digital marketing”
“internet marketing” “bisnes online”
bukan setakat online saje offline pun kene juga

bahasa mudah kita tolong apa-apa yang petut
untuk pasarkan produk atau servis/perkhidmatan
melalui medium internet tak kiralah samada
melalui fb, google, blog, twitter, pinterest, email,
radio, jumpa face to face, etc.

dah dah nanti start meleret sampai tak sudah
jika nak tahu mengenai digital marketing ni
boleh reply komen kat bawah
email no telefon jangan lupa bubuh
nanti boleh je saya reply satu persatu
secara personal

(saya takkan reveal kepada umum)

[sociallocker id=”335″]

kita nak sharing resepi nasi tomato yang menggunakan
bahan-bahan yang murah tetapi berkualiti
takdelah sampai nak beli beras memahal tu
sebolehnya tidak membebankan

mungkin ada diantara kita yang teringin
tapi tak mampu nak sediakan bahan-bahan
siapa yang tak mahu bahagiakan keluarga
dapat sesekali menu masak sedap-sedap kan best

resepi nasi tomato 5

Bahan-bahannya

5 cawan beras biasa
5 cawan air
5 kuntum bunga lawang (bajet-bajet sudah)
2 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
4-5 biji buah pelaga

1/ 4 cawan minyak masak biasa

2 sudu besar minyak sapi (pure ghee)
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar gula
1/ 2 sudu besar garam
3-4 helai daun pandan di simpul
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato (kisar dengan sedikit air)

Bahan dibawah wajib blender halus

2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 ketul halia sebesar ibu jari

Kismis untuk hiasan
Mix vege (sayur campur kacang hijau, carrot, jagung)

 

Kedah-kaedahnya

Beras

Basuh beras kaw-kaw sampai kurang warna putih air cucian
bukan ape.. tujuan nak bagi rempah meresap dalam nasi
baru la makan pun tersandar padu

Biar terendam lama sikit

resepi nasi tomato 3Bahan untuk menumis

Minyak sapi / minyak masak, cairkan kesemuanya
dalam periuk menggunakan api yang perlahan.
Masukkkan segala rempah ratus yang berkaitan diatas
untuk mula menuis sehingga naik baru wangi dia.. aumm

Masukkan beras dan kacau perlahan sampai
dah naik wap-wap halus tu

Kemudian masukkan daun pandan, air, puri tomato
gula & garam jkia perlu,
bergantung kepada citarasa memasing.

Boleh pindahkan terus kedalam rice cooker
atau biarkan saje guna periuk api tu
(ops periuk gas)

Orait part nasi dah setel ..tunggu dia masak je

resepi nasi tomato 2Kita masuk pula part ayam merah

1 ekor ayam – potong kecil, basuh bersih
goreng siap-siap (half cook)

3 biji bawang besar (saiz besar yer)
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – di titik
1 kulit kayu manis (bajet-bajet saja panjang nya)
3 kuntum bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya

Segala jenis bawang & halia, kita kisar halus dulu

Tumis semua bahan seperti biasa sehingga naik bau
sampai garing

Masukkan pula cili kisar, tumis sampai nampak garing
(kat sini ramai kantoi tumis main-main
tu sebab kekadang jadi cepat basi.

masukkan semua bahan yg terlibat.

Bila dah nampak nak masak sesangat tu
barulah masukkan ayam yg dah siap goreng awal-awal tadi

Biarkan mendidih dalam 15minit dan setel part ayam

resepi nasi tomato 4

Untuk sayur jeruk

Lobak merah
bawang merah
Timun
Cili
Gula & Cuka Secukupnya

[/sociallocker]

komen komen komen kat bawah ni
sedap kee?

Nak Like satu please =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here