petua cirit birit 1

4 Petua cirit birit lega dengan pantas.

Bahan-bahan ni selalunya memang dah siap berada di dapur untuk membantu anda akibat keracunan makanan.
Tak perlu bersesak jem dan tercirit didalam kenderaan semata-mata
mahu berumpa doktor atau farmasi.

Masalah cirit birit (diarrhea) selalunya dikenal pasti melalui
peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut atau berair dalam
jangkamasa yang amat singkat.

99 peratus cirit-birit berlaku disebabkan jangkitan kuman atau virus. Senarai makanan untuk cirit birit dibawah agak serius boleh membantu anda menghadapi situasi ini.

Virus pembawa jangkitan di kalangan kanak-kanak ialah rotavirus.
Makanan atau air yang tercemar boleh menyebarkan jangkitan pada
usus dan akhirnya menyebabkan cirit-birit.

Penyebaran kejadian cirit birit biasanya berlaku daripada makanan,
air yang telah tercemar.

Jangkitan ini juga boleh disebarkan melalui sentuhan
individu kepada sentuhan individu lain.

Secara asasnya cirit-birit terjadi apabila terdapat faktor-faktor
yang mengganggu usus untuk menyerap air atau mineral daripada najis.
Adakalanya najis boleh berdarah, bernanah dan berlendir.

Antibodi didalam perut kita cuba melawan jangkitan bakteria,
bahan makanan yang tercemar dan tidak dapat diterima oleh bacan akan dibuang
secara biology.

Ini dia petua cirit birit lega dengan cepat.

1. Minum air kosong dengan banyak.

petua cirit birit 3

Itu sebabnya kebanyakan mangsa cirit-birit akan rasa haus kerana
air yang tercemar di dalam badan telah habis dikeluarkan
dan untuk mendapatkan pemulihan segera anda harus minum air kosong
dalam kuantiti yang banyak supaya proses penukaran air didalam
badan dapat berlaku dengan cepat.

2. Halia atau halia putih

petua cirit birit 4

Terdapat 2 jenis halia, halia yang biasa kita gunakan dalam masakan dan
spesis halia putih yang boleh kita kunyah seperti ulam rasanya seperti limau nipis.

Kedua-duanya memang terbaik untuk rawatan segera kepada usus. Potong halia nipis-nipis
dan rendam kedalam segelas air panas, tunggu sehingga air menjadi suam baru diminum..

3. Diet BRAT ( Banana Rice Applesauce Toast)

petua cirit birit 2

Ada diantara bahan-bahan ini telah sedia ada di dapur kita. BRAT DIET atau makanan digunakan bagai petua cirit birit.
Agak jarang kita menyimpan applesauce atau cuka epal atau buah epal lenyek.

Banana (pisang) dapat mengembalikan tenaga sepantas 15-20 minit setelah dikunyah,
badan kehilangan banyak tenaga akibat dehidrasi air yang dibuang keluar melalui najis cair.

Rice, makan nasi kosong sahaja dalam kuantiti sedikit.

Manakala toast ialah roti bakar atau roti sandwich biasa.

4. Teh kelat

petua cirit birit 5

Bancuh teh dengan kuantiti teh yang banyak sedikit daripada biasa.
Memang petua mudah ini memang mujarab dari turun-temurun.
Diharap pembaca artikel ini sila jangan banyak soal kenapa teh dapat bantu redakan cirit anda.
Sila setelkan hal cirit anda dahulu. Kemudian boleh komen di ruang komen bawah untuk argue pasal teh.

 

Kesimpulan:

Sekian saja tips paling express mengurangkan situasi cirit birit
menggunakan barang-barang yang boleh dikatakan secara asasnya
memang sudah berada di dapur anda.

Anda tidak perlu tercirit dalam kain, seluar atau seat kereta.
Anda boleh bayangkan situasi tersangkut di dalam traffic jem hanya semata-mata mahu
pergi berumpa doktor atau farmasi. Diharap petua cirit ini membantu sedikit sebanyak.

Sila share artikel ini dengan harapan agar kenalan anda tak tercirit bersama.
Sila komen di bawah sekiranya anda mempunyai apa-apa maklumbalas atau perkongsian pengalaman yang mungkin bermanfaat untuk warga maya resepi asia 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here