petua sakit perut

Petua sakit perut (dewasa & kanak-kanak).

Semua orang biasa melalui proses sakit perut, senak perut atau cirit birit pastinya akan merasai situasi tersebut sehingga melemahkan sistem pertahanan tubuh badan.

Adakalanya anda terpaksa berlari ke tandas disebabkan sesuatu yang sedang menerjah keluar sehingga benda yang dikeluarkan hanya cecair sahaja.

Bayangkan situasi terjadi ketika anda sedang memandu, atau sedang mesyuarat penting di tempat kerja atau sedang membeli-belah.

Sekiranya situasi tengah malam, memang payah untuk pergi ke pusat rawatan berhampiran.

Ketika waktu kecemasan begini memang tiada cara lain selain amalan petua-petua orang lama di praktikkan secara on-de-spot.

5 Petua sakit perut yang pernah dibuat efektif dan berkesan (barang ni mudah didapati di dalam rumah, tak perlu terkejar kesana sini)

Semoga anda dapat memanfaatkan sebaiknya petua dibawah.

 

Petua 1 (minum minyak gamat)

petua sakit perut 2

Bahan-bahan : Minyak gamak, segelas air suam dan tungku besi ibu bersalin.

Cara penggunaan :

1. 2-3 Titis minyak gamat kedalam air suam dan minum terus jangan tunggu.
2. Panaskan tungku besi atau bata dengan kepanasan yang rata dan balutkan dengan kain.
3. Letakan keatas perut, biarkan sehingga kesakitan itu beransur-ansur kurang.

 

Petua 2 (telan buah pelaga)

petua sakit perut 1

 

Siapkan 5-6 biji buah pelaga dan 3 gelas air untuk merebus.
Rebus buah pelaga ni hingga mendidih.
Setelah dingin, minum air serta buahnya. Admin sendiri pun tak sanggup nak kunyah
buah pelaga ni.

 

Petua 3 (minum air halia)

petua sakit perut 5

Air halia – Bagaimana nak bancuh? Potong nipis-nipis kuantiti ikut suka, rendam dalam air suam 5minit. Selesai

 

Petua 4 (urutan tapak kaki kiri)

petua sakit perut 3

Ada beribu saraf di tapak kaki dimana apabila dikenakan urutan, keseluruhan badan akan terasa rehat dan tenang.

Bahagian perut adalah berada di bahagian lengkung dalam tapak kaki kiri. Gunakan ibu jari kiri menekan kawasan lengkungan tersebut berulang kali.

 

Petua 5 ( telan yogurt, mudah sangat)

petua sakit perut 4

Sekiranya anda ada menyimpan yogurt didalam peti sejuk makanlah 3-4 sudu dan minum air kosong. Simple je petua sakit perut ni kan 🙂

Sekiranya anda mempunyai sebarang maklum balas, komen saja dibawah 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here