Cara buat sambal belacan premium paling simple

0
295
cara buat sambal belacan 3

Cara buat sambal belacan

Resepi sambal belacan simple, pendek dan ringkas.

Pembuka selera dan membuat setiap menu yang dihidangkan
habis licin tanpa meninggalkan sebarang baki makanan.

Power tak powerlah.
Mana ada orang makan sambal belacan kunyah perlahan-lahan
semua kunyah laju macam formula 1

Jaranglah tersedak, sebab dah standby air kosong segelas

Bahan yang perlu digoreng kering sampai wangi
Gunakan api perlahan.

Nak dicampurkan semua sekali pun boleh
dalam satu kuali.

cara-buat-sambal-belacan-2

Bahan-bahannya :

1 Biji bawang besar saiz sederhana
1 Ulas bawang putih
2-3cm Belacan
Sedikit ikan bilis kalau suka
Sedikit cili kering

– Asam jawa/limau
– Garam dan gula

cara-buat-sambal-belacan-1

Cara-cara:

1. Setelah digoreng dengan api perlahan sammpai wangi.
2. Tumbuk atau gilis atau kisar guna mesin (terpulang nak guna apa)
3. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya dengan garam, gula dan asam jawa
dan sedikit perahan air limau.

5. Nasi panas sepinggan, ikan goreng seekor, ulam-ulam sedikit… setel masalah.

 

Nota hingus :  Tinggalkan sebarang feedback atau perkongsian pengalaman anda di ruang komen dibawah 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here