28/30 – Resepi sayur paprik 10 minit

0
316
resepi sayur paprik

28/30 – Resepi Sayur Paprik

Bahan-bahan diperlukan:

2 biji terung dipotong memanjang
1 biji lobak merah dipotong
4 batang jagung muda dipotong
10 biji kacang panjang / buncis secukupnya dipotong serong memanjang
Sedikit isi udang (jika suka)
1 sudu kecil chilli flakes
½ sudu kecil lada sulah
2 sudu besar sos cili Maggi
½ sudu besar sos tiram Maggi
2 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dibelah tebal
1 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.

Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap.

P/s : Share kat kawan-kawan kite takut terbabas pulak sahur diorang nanti. Jangan lupa komen kat bawah ye 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here