Resepi sup ayam sedap dan simple

0
284
resepi sup ayam sedap 1

Penyediaan resepi sup ayam sedap, licin dan kompem terangkat. Rugi jika korang tak cuba ni.

Bahan-bahannya:

5-6 ketul ayam (potong je kecik-kecik)
1 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia
1 sup bunjut
1 biji carrot
2 biji tomato
2 biji kentang
1-2 helai daun ketumbar (ini daun memang bagi terangkat kaw-kaw punye)
Air secukupnya
Garam
Daun sup
Daun bawang
Batang saderi

Cara masak resepi sup ayam sedap :

Masuk kan je semua tu kecuali totamo, daun sup, daun bawang, daun ketumbar & batang saderi. Tutup periuk, reneh dengan api perlahan sahaja.

Nanti dah nampak mendidih sikit agak-agak lagi 2-3minit nak tutup api. Barulah di masukkan kesemua baki sayur kedalam sup.

Sayur ni memang elok masak half cook sebenarnya. Nutrien dia tak mati.

 

Nota : Kali ni admin tak kunci resepi, minta jasa korang share kat pesbuk, whatsapp, telegrem, messenger semua, itu je. Tenkiu 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here