resepi tomyam simple

2/30 – Cara Masak Tomyam Paling Simple Tapi Rasa A++

Resepi tomyam gred biasa-biasa boleh rujuk ms.wikibooks.org.

Boleh teruskan bacaan dibawah untuk mengetahui cara masak tomyam ni.

Bahan A

6 biji bawang putih dititik
1 biji tomato dipotong dadu halus2
2 batang serai dititik
5 inci lengkuas diketuk

Bahan B

1/4 ekor ayam di potong kecil2
1 biji bawang holland hiris
2 sudu perencah tomyam brand TAEPEE
Mix Vege atau gunna carrot caulifower
4 helai daun limau purut buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
cili padi dalam 6-8 biji)
sos ikan
air perahan limau
1 biji tomato
garam

Cara masak tomyam.

Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam.

Gaul sehingga sebati.

Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam, macam tomyam campur aje lah.

Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur,, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika

Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya.

Masukkan sos ikan dan air perahan limau. Lepas tu perasakan dengan garam. Siap untuk dimakan.

Simple je kan resepi tomyam kali ni. Bahan B tu yang buat korang terangkat.

 

P/s : Jangan lupa share ye, takut kawan-kawan kite terbabas pulak sahur nanti. Jangan lupa komen kat bawah ye 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here