resepi sambal sotong

5/30 – Resepi Sambal Sotong Putih.

 

Bahan bahan:

10 ekor sotong
20 biji cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Garam
Gula

 

Cara cara:

Kisar cili dan bawang bawang. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing.

Masukkan gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos hingga kering.

Akhir sekali, masukkan garam, dan goreng sehingga air sotong menjadi kering. tutup api apabila sambal kembali kering serta pecah minyak.

 

P/s : Share kat kawan-kawan kite takut terbabas pulak sahur diorang nanti. Jangan lupa komen kat bawah ye 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here