resepi sambal telur ikan bilis

3/30 – Resepi Sambal Telur Ikan Bilis.

Bahan-bahan 🙂

4 biji telur, digoreng mata kerbau
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 pokok daun bawang, hiris halus
Daun salad secukupnya untuk hiasan

Bahan sambal tumis:)

2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)

Cara nak buat 🙂

part sambal :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Untuk sambal telur ikan bilis :- Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

P/s : Jangan lupa share ye, takut kawan-kawan kite terbabas pulak sahur nanti. Jangan lupa komen kat bawah ye 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here