resepi telur dadar bayam

14/30 – Resepi Telur Dadar Bayam

Bahan-bahannya

Terpulang nak portion bayam banyak mana
2 biji telur ayam
1/2 bawang merah
sedikit cili api merah
sedikit gram daging cincang
Sedikit serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

Pecahkan telur ayam dan pukul sehingga kembang.
Kemudian, masukkan pula bayam yang dicincang dan tambah sedikit serbuk pati ayam secukup rasa.

Panaskan minyak dengan masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili api sehingga naik bau.

Masukkan daging cincang dan akhir sekali masukkan bancuhan telur ke dalam kuali.
Masak dengan api perlahan dan angkat untuk dihidangkan.

P/s : Share kat kawan-kawan kite takut terbabas pulak sahur diorang nanti. Jangan lupa komen kat bawah ye 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here