resepi udang goreng tepung

Resepi udang goreng tepung

Bahan-bahannya;

Udang – dibuang kepala, kulit dan belah belakangnya.
Ekor jangan buang.
Basuh bersih, toskan hingga kering dan
perap dengan lada sulah serta sedikit garam.

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu minyak masak
1 biji putih telor
Air sejuk (dari peti ais)
garam
lada sulah

Cara-caranya;

1. Bancuhkan semua bahan seperti bancuhan tempura/goreng pisang.

2. Pegang ekor udang, celupkan udang ke dalam batter tadi.

3. Masukkan dalam minyak panas yang banyak.

4 Goreng hingga kekuningan. Angkat. Siap.

 

Jangan lupa tinggalkan sebarang feedback
atau perkongsian pengalaman anda
di ruang komen dibawah =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here