Resepi Udang Masak Kari

0
284
resepi udang masak kari 2

Resepi udang masak kari (siam)

Bahan-bahan:

10 ekor udang saiz besar
(jikalau ramai nak rasa, guna je udang kecil tap biar banyak)

1 biji limau nipis, perah jusnya
1/3 cawan terung lastik
(korang selalu guna terung ni buat peluru senapang kayu)

1 biji terung besar, potong ikut kesesuaian
1/4 cili capsicum dipotong kiub
Beberapa biji cili padi merah dan hijau, diketuk
1 biji bawang besar saiz kecil, dibelah 6
1 cawan santan original (santan kotak tak kick)
Air ikut suka nak kuah banyak mana
3 helai daun limau purut
1 genggam daun selasih
1/2 camca besar gula melaka
Sos ikan secukup rasa atau kiub ikan
Rempah kari biasa

Resepi udang masak kari

Cara mengadunnya (part ni agakk tricky)

Masukkan 1/2 cawan pati santan dalam periuk.
Masak dengan api perlahan hingga pati santan jadi likat
Masukkan serbuk kari.
Biar sampai terbit minyak dan rempah jadi sebati.
Tambah air dan biarkan direneh

Masukkan terung lastik dan masak sampai nampak empuk.
Tambah terung bulat.

Tuang jus limau nipis (part rare)

Kacau dan masukkan udang, capsicum, bawang besar dan daun limau purut.

Masukkan baki santan, tambah gula melaka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya.
Biar mendidih perlahan sambil dikacau sentiasa.

Akhir sekali masukkan daun selasih dan cili padi.

Jap lagi masak le tu. Rasa la sikit kot pedas sangat ke
buh la gula sikit nak kurangkan pedas kuah tu.

 

P/s: Jangan lupa tinggalkan sebarang feedback atau perkongsian pengalaman anda di ruang komen dibawah =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here