resepi udang masak lemak 1

Resepi udang masak lemak versi bujang.

 

Bahan-bahan:

10 ekor udang bersaiz besar (bersihkan)
20 tangkai cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
1 kg pati santan
2 keping asam gelugur / asam keping
garam secukup rasa

Sayuran yang sesuai digandingkan bersama masak lemak ni selalunya kacang panjang ,
terung lastik atau pun daun kunyit (di koyak-koyak)

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali dan masukkan terus bahan yang kita dah di kisar tadi hingga hampir kering.
2. Masukkan udang galah yang telah dibersihkan, masukkan santan berserta garam sekali
(ini petua supaya santan tak pecah minyak)
3. Kacau rata guna api sederhana dan sentiasa dikacau untuk hasilkan kuah yang sedap.
4. Lepastu masukkan asam keping kacau sebentar dalam 3-5minit untuk biar rasa asam tu sekata..
5. Masukkan sayur-sayur tadi kacau dalam 2-3minit dan padamkan api.

Penyediaan udang masak lemak

 

Jadilah … jom makan =)

Jikalau ada pengalaman / nak ejas bagi sedap lagi ke bole je share sesama, tinggalkan komen anda dibawah 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here