resepi vietnam spring roll 1 2

Penyediaan mudah resepi vietnam spring roll.

Vietnam spring roll hanya menggunakan air panas yang dibahagikan kepada 3 bahagian air.

Guna untuk celur, buat sos celup & melembutkan rice paper. 8 Step mudah

vietnam spring roll 3

Bahan asas vietnam spring roll.

Bihun yang telah siap dicelur, bajet-bajet sahaja dalam 100-150gram.

200g isi udang
Sebungkus isi ketam (optional)

2 sudu teh garam
Daun selasih, satu genggam
Daun pudina, satu genggam
100g taugeh yang telh di celur sebentar
2 batang daun ketumbar, dihiris
6 helai daun salad
12 keping rice paper (Jika meragui status halal rice paper, kita pakai je kulit popiah)
Air yang sentiasa panas seperiuk

vietnam spring roll 4

Nota popiah vietnam : Elakkan campuran makanan laut & darat bersama didalam satu masakan. Kita sudah cukup bijak untuk menjaga kesihatan kita.

Bahan penyediaan sos:

3 biji cili padi merah, dihiris dengan nipis
2 biji cili padi hijau, dihiris dengan nipis
2 ulas bawang putih, ditumbuk
30g gula
3 sudu besar jus limau
2 sudu besar sos ikan
80ml air didih (bajet-bajet saja nak buat sos banyak mana)

vietnam roll 7

Nak prepare popia vietnam ni senang je. Follow je 8 step ni.

1. Penuhkan periuk dengan air dn sedikit garam, dan panaskan.
2. Celur isi udang atau isi ketam 1-2minit dan toskan.
3. Celur juga sayuran yang telah dipotong kecil lobak ,
taugeh atau pak choy sekejap.
4. Cedok semangkuk air panas, untuk buat rendaman rice paper dalam 5 minit
dan toskan atas tuala goodmorning.
5. Gunakan air yang sama, jangan membazir, rebus bihun kering yang
telah dibasuh terlebih dahulu dan toskan.
6. Sementara menunggu bihun siap, potong halus daun ketumbar, daun selasih
dan asingkan ketepi.
7. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk sos kedalam satu mangkuk dan ketepikan.
8. Mula melipat vietnam roll anda ikut kesesuaian size.

vietnam roll 8

 

Amacam? Dah boleh test ni..aumm

Jangan lupa tinggalkan sebarang feedback atau perkongsian perngalaman anda
di ruang komen dibawah =)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here